Monday, January 25, 2010

Memori Silam...kisah Lan Burger

Ketika aku ke K.L minggu lepas... teringat balik cerita-cerita semasa jadi arabic tourist guide dulu. Yang pasti muka Osman terung yang akan muncul. Cerita aku dgn Osman tersangat la panjang utk diflashbackkan disini cuma, kami memang rapat. Akan diceritakan kemudian. Jadi aku pun mendail no hp Osman dan alhamdulillah dijawabnya. keramahannya spt biasa. Aku pun bertanya pasal Lan Burger sebab dah lama tak dgr berita. kali terakhir aku bertemu Lan 3 tahun lalu kat Tong Shin di belakang Jail Pudu. Osman dgn selamba jawab... Lan dah mati la meen. Bulan 7 tahun lepas lg! Aku ingatkan kau dah tau. Terkedu jap aku masa tu... yang pasti ini kali pertama aku dgr khabar berita ni. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Terlalu byk perkara yg Lan kongsi dgn aku yg sukar utk ditulis disini sejak aku kenal arwah 5 tahun lalu. alFatihah utk Arwah Roslan Burger. Takziah kpd Sara dan anaknya.

No comments:

Post a Comment