Saturday, January 16, 2010
Hj Mat Faqeh...
Ketika berada di makkah bulan mei tahun lps...berkesempatan jgk mengunjungi seorang dari tanah jawi yg telah lama bermukim di sana iaitu dikenali sbgai Mat Faqeh. Nama sebenarnya aku tak tau tp merupakan kenalan lama org tua. Kediamannya terletak di Sulaimaniyyah di tepi kubur Ma'ala. Aku dijemput utk makan mlm di rumahnya. Marzuki ,anak lelaki hj Mat membawa aku ke sana. Pelbagai topik perbincangan disentuh dlm ruang lingkup agama hinggalah kekeluargaan. juga mengenai perkembangan tarekat di bumi Haram. Kebetulan aku jg sedang mencari kubur seorang sufi masyhur dari tarekat Ahmadiyyah Idrisiyyah .....Sidi Ibrahim alRasyid. Hj Mat terus bersemangat bercerita dan mengakui turut beramal dgn tarekat Ahmadiyyah. Beliau memberitahu kubur Sidi Ibrahim hanya terletak di tepi rumahnya bersebelahan dgn kubur seorang lg ulama tersohor iaitu Ibrahim Adham. (kemudian aku menziarahi kedua pusara terbabit). Kami turut merancang utk ke Sabya bg menziarahi kubur Imam Auliya' Sidi Ahmad ibn Idris r.a. sekiranya hj dipanjangkan umur dan aku dimurahkan rezeki utk ke sana lg. Semoga Allah Memberkati niat kami insyaAllah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment