Alhamdulillah utk ke sekian kalinya kepenatan terus memburu diri. 6hb jun yg lalu... sekali lg aku diberi peluang oleh Allah untuk menjejakkan kaki ke Baitullah yg mulia. kali ini bersama-sama isteri tercinta dan juga peserta rombongan yang lain yg jumlahnya mencecah 66 orang. hampir separuh darinya adalah pelajar-pelajar tahfiz dari maahad tahfiz sains yang wujud di seluruh negeri kelantan termasuk 4 orang pelajar dari Maahad Tahfiz Wal Qiraat Annur.Secara ringkasnya Rombongan ini berada di dua tanah suci dari 7hb sehingga 19hb jun 2010. Aku dan isteri pula hanya setakat 15hb dan dari 15hb sehingga 19hb kami berada pula di pusat pemerintahan khilafah uthmaniyyah... istanbul.
Rombongan berada di madinah selama 3 hari 2 malam bermula dari 7hb sehingga 9hb. seterusnya berada di Makkah dari 9hb sehingga 19hb. lokasi hotel penginapan di madinah adalah Fondok al-Dar yang terletak di belakang Maktabah Maalik Abdul Aziz. Di Makkah pula kami ditempatkan di hotel Amjad Shahbah yang berlokasi di jalan Jabal kaabah...15 minit berjalan kaki ke Masjidil Haram. Aku pula bersama isteri bermula 15hb berlepas ke bumi Turki melalui transit di bandar madinah al-munawwarah dari jeddah menaiki pesawat Saudi Airlines.
Di Istanbul... kali ini aku memilih hotel yang terletak di kawasan sirkeci yang bersebelahan dengan gulhane Park. Hotel Viva sebuah hotel yang baru diubahsuai dengan konsep ultra moden sememangnya selesa dengan harga yang aku rasa amat berpatutan tambahan pula semasa summer... 50 euro atau 96 turkish lira utk satu malam. berada di sana untuk tempoh 5 hari 4 malam rasanya sudah cukup memuaskan walaupun dengan budget yang amat terhad. 19hb kami bertolak pulang ke kuala Lumpur menaiki pesawat MAS dan tiba di sana pagi 20hb. Pulang ke Kota bharu pula menaiki pesawat MAS juga pada sebelah petangnya. Alhamdulillah semua telah selamat selesai dan insyaAllah dalam masa aku akan mengunjungi lagi Bumi dua tanah suci yang mulia dengan izin Allah.
No comments:
Post a Comment