Sekali lagi syukur dipanjatkan kepada Allah kerana terus memberi hambanya ini peluang untuk terus bernafas.Agak lama blog ini sepi setelah kesibukan yang tak terkira melanda. Ini pun hari ketiga aku kembali ke tanah air setelah lebih kurang dua minggu berada di Syria, Turki dan Jordan...satu lawatan kerja yang amat memenatkan dari segenap sudut. Dua minggu yang sekali lagi banyak mengajar aku erti persahabatan, perkongsian dan sebagainya.
13hb mac yang lalu, sekali lagi aku melangkah kaki merantau mengembara ke ceruk dunia arab dan mediterranean. Kali ini lawatan kerja ke bumi Syria, Turki dan Jordan. Ditemani rakan lama, kami berdua memulakan langkah dengan menaiki pesawat Airasia dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur jam 11.05 minit pagi. Sekali lagi perpisahan sementara dengan isteri dan anak-anak tercinta terjadi. Ketibaan di LCCT sejam kemudiannya disambut oleh adik yang bekerja di K.L. Kami menaiki kereta menuju bandaraya untuk menukar matawang dan makan. Jam 3 petang kami berdua ke K.L. sentral untuk menaiki KLIA ekspress ke KLIA. Pesawat kami, Emirates Airways dijangka berlepas jam 7.20 petang. Tiba di KLIA kami melakukan apa yang sepatutnya sementara menunggu waktu berlepas. tepat jam 7.20 Pesawat boeng 777-300 membawa kami terbang ke bumi Dubai untuk transit disana sebelum ke destinasi seterusnya...Syria.
Pesawat tiba di Dubai International Airport pada pukul 10.40 malam waktu tempatan. Pesawat yang akan membawa kami ke Dimasyq dijangka berlepas jam 7.30 esok pagi. Aku seperti biasa window shopping dan makan serta berinternet menghabiskan saki baki masa yang ada. Sempat berchatting dengan isteri tercinta di Travellers Lounge. Juga meronda pelbagai kedai duty free yang terdapat disitu. setelah menunaikan solat subuh, kami menuju ke balai berlepas untuk menaiki pesawat menuju destinasi ....Dimasyq atau Damascus.Pesawat kami delay setengah jam dan sedikit sebanyak mengundang keresahan para penumpang. Lebih kurang jam 8.00 pagi akhirnya kami berlepas dengan pesawat Airbus 340. ....bersambung
No comments:
Post a Comment