Sunday, October 9, 2011

Kala bersantai di Topkapi Palace














Sorotan Tahun 2011

Syukur sekali lagi dipanjatkan kepada Allah kerana masih memberi ruang untuk aku membelek kembali blog ni yang rasanya dah setahun tak terurus. banyak faktor penyebab.....tiada masa, malas nak update dll.
Apapun setelah hampir setahun akhirnya tergerak juga tangan nak update sikit apa yang boleh dikongsi.
Tahun 2011 penuh dengan cabaran,pengalaman dan dugaan tidak terkecuali nikmat dan rahmat dariNya. Alhamdulillah perancangan yang dibuat tahun lepas hampir kesemua diizinkan Allah untuk dilaksana. Penuh juga dengan sesi kembara. Bulan Mac lalu selamat berangkat dan kembali dari menunaikan umrah bersama Kudin dan baliknya transit di Istanbul untuk kesekian kalinya selama 4 hari. Bulan Mei sekali lagi ke Istanbul atas urusan tertentu untuk tempoh hampir 2 minggu namun kembara Syria dibatalkan atas sebab yang tertulisNya. Bulan Julai sibuk dengan program penghantaran pelajar pertama anNur ke bumi Ambiya' Syria (nazifi & firdaus). Berada di Dimasyq selama 5 hari manakala 3 hari berada di Istanbul sekali lagi atas urusan kerja. Program di Istanbul turut merangkumi pertemuan dengan pelajar malaysia di sana. InsyaAllah pada 28hb oktober ni akan menyusul pula untuk turut serta dalam program himpunan umat Islam terbesar dunia di tanah suci Makkah bersama isteri tercinta. Alhamdulillah niat yang kami pasak untuk menunaikan ibadah Haji bersama dimakbulkan Allah.Semoga berjalan dengan penuh barakah dan mudah.
Suasana di Kompleks tarbiyyah Annur pula seperti biasa....penuh cabaran dan keseronokan. Para pelajar Alhamdulillah konsisten dengan sistem yang disediakan.Untuk bekas pelajar yang terpaksa saya buang....percayalah ini atas dasar tanggungjawab dan amanah kami untuk masa depan anda dan juga kedaifan kami. Seminggu sebelum menjengah Ramadhan....jamuan amal sekali lagi berjaya dilaksanakan dengan jaya.Pembinaan masjid juga kini sedang rancak dalam pembinaan dan insyaAllah aku bertekad akan siapkannya dalam masa terdekat.
Eidul Fitr pula menjengah dengan sambutan kali ini kami sekeluarga sambutnya di Segamat. Berjalan lancar walaupun mungkin dalam masa yang singkat.Kemaafan dipohon dari seorang isteri yang banyak berkorban :)
Dan insyaAllah setelah usai ibadah Haji kami akan segera bergegas pulang untuk urusan cuti pelajar dan juga pengambilan pelajar baru untuk sesi 2011/2012. Allah pasti memudahkan urusan diatas jalanNya.

Wednesday, December 1, 2010

Coretan...

Alhamdulillah sekali lagi aku dapat menyambung kembali coretan di blog ni yang dah bersarang begitu lama... bukan kerana tiada internet ttp lebih kepada kepenatan dan masa yang terlalu padat untuk perkara lain. Apa pun syukur kerana masih berkesempatan merapu di sini.
Musim cuti sekolah dah bermula. bagi MTAQ Annur... pelajar2 mula bercuti sejak 15hb november yang lalu. Sesi persekolahan baru akan bermula pada 19hb disember nanti. Kiranya cuti masih berbaki namun aku tetap sibuk seperti biasa dengan kerja pengurusan dsb. Ayah,ibu dan family yang lain yang turut menunaikan haji ke tanah suci dah selamat kembali 26hb november yang lalu. Sedikit tugasan yang diamanahkan telah selamat dikembalikan kepada tuannya.
Cadangan nak bawa isteri anak bercuti masih tergendala. Awalnya merancang bercuti dengan isteri di jakarta/guangzhou tapi masih tiada kesempatan masa. Janji dengan my wife nak bawa mishaal dan maryam ke K.L. sehari dua lagi. Moga tidak tergendala lg.Manusia hanya merancang.
Minggu ni sibuk dgn pendaftaran pelajar2 baru utk maahad tahfiz annur. Alhamdulillah berjalan lancar. Seminggu dua lg mula nak fikir tentang urusan visa ziarah utk ke dua tanah haram. juga atas urusan kerja. 2 hari lepas berada di MTS tumpat bertemu dengan us Suhaimi dan us Ubaidillah utk bertukar2 pandangan. Semuanya berjalan lancar.
Perancangan tahunan untuk tahun depan pun dah ada sikit sebanyak. Cuma pening kepala memikirkan kos. Bulan mac kalau takde aral ke Makkah sekali lg utk bawa jemaah umrah. Bulan April ke Syria, Jordan, Turki dan Lubnan utk urusan penghantaran pelajar ke sana.Mungkin ambil masa 2 minggu. Januari depan kalau tak ada aral akan ke Singapura atas urusan kerja dan bertemu us Hasbi. Dan jika diizinkan Allah akan ke Makkah dan Madinah sekali lg untuk membawa wife menunaikan Haji pula tahun depan. Semuanya masih lg dinamakan perancangan selagi mana ianya tidak berlaku. Semuanya adalah dengan ketentuan Allah. Semoga aku terus diberi kekuatan untuk menunaikan segala tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas bahu ku... amiin

Friday, July 2, 2010

Syukur Atas NikmatNya

Alhamdulillah utk ke sekian kalinya kepenatan terus memburu diri. 6hb jun yg lalu... sekali lg aku diberi peluang oleh Allah untuk menjejakkan kaki ke Baitullah yg mulia. kali ini bersama-sama isteri tercinta dan juga peserta rombongan yang lain yg jumlahnya mencecah 66 orang. hampir separuh darinya adalah pelajar-pelajar tahfiz dari maahad tahfiz sains yang wujud di seluruh negeri kelantan termasuk 4 orang pelajar dari Maahad Tahfiz Wal Qiraat Annur.Secara ringkasnya Rombongan ini berada di dua tanah suci dari 7hb sehingga 19hb jun 2010. Aku dan isteri pula hanya setakat 15hb dan dari 15hb sehingga 19hb kami berada pula di pusat pemerintahan khilafah uthmaniyyah... istanbul.
Rombongan berada di madinah selama 3 hari 2 malam bermula dari 7hb sehingga 9hb. seterusnya berada di Makkah dari 9hb sehingga 19hb. lokasi hotel penginapan di madinah adalah Fondok al-Dar yang terletak di belakang Maktabah Maalik Abdul Aziz. Di Makkah pula kami ditempatkan di hotel Amjad Shahbah yang berlokasi di jalan Jabal kaabah...15 minit berjalan kaki ke Masjidil Haram. Aku pula bersama isteri bermula 15hb berlepas ke bumi Turki melalui transit di bandar madinah al-munawwarah dari jeddah menaiki pesawat Saudi Airlines.
Di Istanbul... kali ini aku memilih hotel yang terletak di kawasan sirkeci yang bersebelahan dengan gulhane Park. Hotel Viva sebuah hotel yang baru diubahsuai dengan konsep ultra moden sememangnya selesa dengan harga yang aku rasa amat berpatutan tambahan pula semasa summer... 50 euro atau 96 turkish lira utk satu malam. berada di sana untuk tempoh 5 hari 4 malam rasanya sudah cukup memuaskan walaupun dengan budget yang amat terhad. 19hb kami bertolak pulang ke kuala Lumpur menaiki pesawat MAS dan tiba di sana pagi 20hb. Pulang ke Kota bharu pula menaiki pesawat MAS juga pada sebelah petangnya. Alhamdulillah semua telah selamat selesai dan insyaAllah dalam masa aku akan mengunjungi lagi Bumi dua tanah suci yang mulia dengan izin Allah.