Tuesday, September 8, 2009

Mu'assel shisha baru


Nampaknya setelah kehabisan bekalan ubat shisha sejak berminggu yang lalu, hari ni aku dapatkan sekotak jenama al-Fakher perisa dua epal. Bolehlah utk perasapan utk kesekian kalinya. Walaupun sudah 10 tahun aku meninggalkan Ardh al-Kinanah, tabiat menghisap shisha ni masih melekat sebati dgn diri. Mungkin kemudharatannya yang kurang dari manfaat...maka ianya berterusan hingga kini. Hanya Allah yang tahu kesudahannya.

Saturday, September 5, 2009

Thursday, September 3, 2009

Seperti biasa, solat terawikh yang aku buat di annur bukan hanya mengundang tetamu dari kalangan pelajar2 tahfiz tp juga turut dihadiri oleh mereka yang ghaib di pandangan mata zahir. aku serahkan kpd Allah...mudah mudahan kehadiran mereka utk turut menyembah Allah ni akan memberkati lg majlis yg ada. wallahua'lam.
Alhamdulillah sudah lebih 10 hari ramadhan berlalu dan sejak 3 malam lepas, aku berterawikh di kompleks annur bersama2 pelajar tahfiz. sejak asrama tahfiz dibuka kembali dari cuti sekolah 1/9/09 inilah tugas aku utk membimbing budak2 pelajar ni supaya beramal di bulan ramadhan. sebelum berbuka pula rutin aku adalah menghantar juadah atau lauk utk berbuka puasa dan sahur. selepas tu aku akan ke my second home di baung sementara menanti isya' dan berbuka disana.Kebiasaan terawikh yg dibuat 20 rakaat terpaksa dipendekkan kpd lapan sahaja kerana pelajar2 tu ada kelas muraja'ah alQuran pula dari 9.30-10.30 mlm.